Friday, October 29, 2010

Hati terkenang, mulut tersebut..

Pernah tak korang dengar pepatah nie..tapi hari nie nak citer hati terkenang..malam termimpi..semalam SEPANJANG malam aku mimpikan korang tau tak ..tengok~~~~~...betapa aku rindunya korang semua..Marl si bobolizan...Lynn si keding...Iffah si bulat..Maton gandhi....(iffah bukan ko seorang je rindukan mereka semua)...ok..la..tak dapat jumpe betul-betul..jumpa dalam mimpi pon jadilah..AHAHAHAHHA...

List of the things I miss when with you guys...

  1. suara garang Maton kejutkan untuk bangun subuh..
  2. bunyi alarm Iffah pagi-pagi yang bising giler tapi tak berkesan...
  3. makan tengahari sama- sama kat rumah (kadang makan kat bawah).
  4. rindu makan petang/malam sama- sama..lepak kat kedai Abang Gebu..
  5. berjoyyah/gossip malam-malam..pukul 12..
  6. rindu nak dengar Marl cakap "KITA"..
  7. nak megutuk/membuli dan dikutuk/dibuli..
  8. nak bermanja dengan Lynn.."lynn tolong buatkan air..Iffah milo..aku nak Hong Kong..ihhihihi.."
  9. keluar ecm/mega...(setiap minggu kot)..
wahhh...banyak kot benda yang megingatkan aku kat korang..dan itu adalah perkara yang paling aku ingat..HUAHUAHUA... dan sekarang sedang memcari masa yang sesuai untuk berjumpa korang..tak tahu lagi bila... kalau aku tak jumpa korang dalam cuti nie..mungkin lepas nie lagi susah nak jumpa..HAH!...apa-apa je lah..
 
Ini untuk korang... :D

MIMPI SEMALAM..
Di balik lena tidurku….
Ada mimpi indah yang mengunjungi..
Mimpi yang daku perolehi…
Hadiah dari ILLAHI           
Terima kasih tuhan kerana sudi memberi..

Mimpi itu..
Kita bersama..
Bergurau senda seperti biasa..
Walaupun cuma sementara..
Cukup untuk mengukir selebar senyuman…
Cukup untuk melepaskan kerinduan..

Kawan ,
Kalian hidup dalam ingatanku…
Kalian wujud dalam mimpiku..
Andai pun jauh tiada ku temukan..
Suara kalian tergiang-giang di fikiran..
Gelak  kalian bergema tanda kegembiraan..

Biarkan daku terus melayari..
 mimpi indah daku perolehi..
bersama mereka yang daku rindui..
Walaupun cuma untuk sekali ..
dan bukan untuk berhenti disini....

Setiap kali adanya mimpi dalam tidurku..itu adalah anugerah yang bukan senang aku mendapatkannnya….mahupun mimpi itu indah atau sebaliknya..aku tetap akan mengingati..yang indah memberikan senyuman..yang buruk dianggap sebagai peringatan…
yang merindui,
gpah,
9:00 am
29 OCT 2010.

 
benci korang !....
(satu-satunya gambar dengan korang:) :P

1 comment: