Friday, January 28, 2011

Aku student Part 1

Ok.. dengan rasminya hari ini bermula cuti mid sem! yeay!! yedaaa..yedaa.. tapi sebelum tue..  nak recap balik ape yang terjadi sepanjang aku menjadi student part 1 selama sebulan (bajet mcm 1tahun je)..

FSPPP
Takde benda nak citer pasal FSPPP..masih sama..bangunan masih tak berubah..masih berada ditempat yang tinggi..kat atas bukit sana.. dan Alhamdulillah..stamina aku makin kuat(kot) dengan berkat memanjat tangga..hahhaah..


ADS 410
Subjek nie.. dari awal chapter 1 sampai la abis chapter..1 je perkataan yang aku dapat QUALITY!
 Madam Shireen yang ajar kitorang..strict.but motherly..heeheh.. walaubagaimanapun akan cuba sedaya upaya untuk mendapat perkataan lain dari subjek nie..muahaahahah..sedih!
(buku ADS tebal giler setelah diphotostat)

LAW 245
yang nie best sikit..sbb kitorang ade MUMMY!!! (Madam Mimi Sinthia)..harap betul la ejaan.. basically subjek nie citer pasal law..which is yang aku dah study masa Asasi dulu..so. sedikit keringanan disitu..takde la stress sangat..

ACC 114
ACC stand for subjek account..tengokkkkkkkkkk..wa belajar account bebbbbbbbb.. serious wa ckp lueee..wa risau owhhhhh.. tapi buku die cool giler nak tengok??.. tarrraaa~~~

buku nie sesuai dengan aku sbb buku nie for NON-ACCOUNTTING STUDENT!..HAHAAHAH..
 jelas kelihatan disitu ye kawan-kawan.. baru abis chapter 2..(kalau tak salah la.) bhiihihi...
(first chapter boring giler..aku tido dlam kelas)
maafkan saya madam Eslindawaty..saya tertidur..tiada niat nak berkurang ajar @ nak tunjuk pandai -_-


MAT 112
Business Mathematics..lebih kurang add math yang aku tak suke giler masa aku form 5 dulu..tak main-main..serious.. dulu add math aku sedih!... so kali nie MAT 112 please welcoming and be nice to me.. tapi Miss Nurul dipindahkan ke Kuala Lipis..baru je rasa selesa dgn die..nak berkenalan??
inilah beliau :)

Miss Nurul Zahirah

subjek nie je yang aku tak pernah tido.. sbb byk sgt calculation yang merisaukan aku..grrr.. anyway take care miss..gonna miss u..(klu miss baca blog aku nie mesti terharu)..ecehh..tapi sebelum pergi miss ade tinggalkan pesanan..(lecturer baru kitorang LELAKI)..hihihihihih..

CSC 143
kelas CSC baru je masuk 1kali lecture dan 1 kali lab..sekian...hohohohohho..
(nothing much to say)

CTU 511
dengan Ustazah Asmak..wa ckp lue der..ustazah nie lawak gilerrrrrrrrr... hiperbola beliau selalu je terlampau..hahahah...dah buat presentation coz kitorang "accidently" be a first group..LOL.kelas nie pon aku tak pernah tido sbb ustazah tak bagi aku peluang untuk tido..tapi beliau bagi aku peluang untuk bergelak tawa..MUAHAHAHAHA..

KESATRIA!
biaselah kesatria..tiap2 hari Rabu pkl 5.00 ptg..berkawad..duduk bersila diatas jalan yang kadang-kadang mampu membuat bontot anda masak..makin lama makin susah nak buat hukuman yang diberi oleh Tuan Tun Erman..oohh...ohh.. sampai sekarang aku tak hafal lagi lagi wawasan setia uitm..
(gpah baik ko hafal! sedih!)
(yang nie pon aku tak tido)hahahaa..


Aku masih lagi part 1 walaupun selepas cuti nanti..dan akan meneruskan subjek sama..cuma aku harap lepas nie...aku berjaya mengatasi masalah TIDO DIDALAM KELAS!!!!. kena lebih focus.

tido dah byk tapi tatau kenapa aku masih tertidur dalam kelas..
virus apakah ini -_-.
doakan perubahan aku..

Monday, January 24, 2011

CSC 413

Update blog dengan menggunakan komputer lab. *excited wee~~

Lecturer yang hensem lagi cool tak sampai-sampai.

Sudah 30 minit aku tunggu.

SABAR!

Nasib baik beliau lecturer dan aku adalah student.


masih menunggu.
sambung berFB lah!.
btw..mcm mana klu kls CANCEL -.- 

Friday, January 21, 2011

SERAM~~

Di saat semua penghuni Kolej Melati 3B-01 menyepikan diri didalam bilik masing-masing..aku keluar bersendirian untuk pergi ke bilik Fasya yang agak jauh dari bilik aku. Tanpa bertemankan cahaya lampu di sepanjang laluan ke bilik tersebut.Aku memberanikan diri, menggigihkan hati meneruskan perjalanan walaupun tujuan yang sebenar aku mahu ke bilik tersebut adalah tidak begitu penting.(tapi agak penting la..sbb nak tukar duit..esk nak basuh baju.).. Setibanya aku di muka pintu biliknya..aku mengetuk dedaun pintu didepan aku didalam kegelapan dan kesamaran..berkali-kali aku mengetuk pintu tersebut dan memberi salam.Tapi tiada sahutan mahupun pintu dibuka.Lalu aku membongkokkan badan aku untuk melihat kot2 ada pantulan cahaya lampu.Namun harapan aku musnah..pantulan cahaya lampu tiada kelihatan.Di benak fikiran..mula berfikir yang bilik ini tiada berpenghuni..

AKU MULA MEMIKIRKAN PERKARA YANG BUKAN-BUKAN.AKU TERFIKIR MACAM MANA KALAU ADA SUARA PAK CIK TUA YANG MENJAWAB SALAM AKU DAN MENGAJAK AKU MASUK KE BILIK TERSEBUT PADA WAKTU ITU..SEDANGKAN BILIK TERSEBUT TIADA ORANG!

arggghhhhhhhhhhhh..tidak!!!!!!!!!!!.. lantas,didalam kegelapan dan kesamaran aku berlari sepantas mungkin yang mampu menandingi F1..aku dikejar dengan perasaan aku sendiri.Dengan penuh keazaman aku berlari..akhirnya aku berjaya sampai ke bilik aku sendiri dan melihat Ikin n Maton sedang asyik lagi dengan games masing-masing.


penat r lari..
syiling tadak lagi nie..
jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Tuesday, January 18, 2011

Apa yang telah terjadi!


Apa yang terjadi pada aku nie..seriously aku TAKUTTTTTTTTT..
AKU LUPA HARI..
AKU LUPA TARIKH..
DAN
TAHUN PON AKU BOLEH KONPIUS LAGI!!



aku rasa aku patut bertaubat 
sempat lagikah.

Sunday, January 16, 2011

Aku budak yang meningkat dewasa

Aku tak faham buat bising yang macam mana yang orang  suka.
dan bising yang macam mana yang orang tak suka.

Aku tak faham gedik yang macam mana dianggap comel.
dan gedik yang mana dianngap annoying.

Aku tak faham sesetengah lelaki lembut boleh diterima sebagai kawan.
dan sesetengah akan dibenci dan dipermain.


Aku tak faham mendiam kan diri yang mana dianggap pemalu dan baik..
dan mendiam diri mana yang dianggap sombong.

Aku tak faham perbuatan yang dianggap cool dan yang dikatakan poyo.padahal ia adalah perbuatan yang sama.

Banyak lagi yang aku tak faham.Aku harap umur aku panjang untuk mengerti apa yang aku tak faham. Tapi satu yang aku faham,pemikiran manusia adalah berbeza.


Friday, January 14, 2011

MARLYSA RAZAK


SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE- 20
SEMOGA ALLAH SELALU MELINDUNGI AWAK
BEST OF LUCK!!

from me with lots of love,
jeep :)
 

Monday, January 10, 2011

Focus on what you have!

Tetibe tergerak hati nak update hal ehwal semasa saya sekarang yang kini berada di Uitm Shah Alam yang serba lengkap. Kalau dulu Uitm Kuantan yang serba kekurangan.Walaubagaimana pun saya lebih menyukai yang serba kekurangan tue, Kuantan..kecik2 comel jer..aww.. tapi buat masa ini la.. buat masa akan datang aku harap akan menyukai Shah Alam sebanyak mana aku menyukai Kuantan.

Dan yes!.. sebetulnya aku kat Shah Alam tidak meneruskan pengajian aku di Fakuti Undang-Undang tetapi di FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI, redha dengan kursus yang ditawarkan Sarjana Muda Pentadbiran Korporat.. dan akan meneruskannya sehingga berjaya.AMIN. Pasal meneruskan pengajian dalam undang- undang...aku dah ketepikan..mungkin tadak rezeki.. yang lepas biarkan berlalu..aku cuma nak fokus ape yang aku ade sekarang. pergi kelas.panjat tangga.bebudak nie ckp tangga tu ada 92 anak tangga(tangga utk kelas) tapi aku tak pernah kira pon. Malas.Teringat kata2 dari Ketua Program :" Anda bertanggungjawab dimana anda berada sekarang" ..Jadi.. aku akan cuba sedaya mengkin untuk menjadi orang yang bertanggungjawab. Harap aku tidak akan sesat. Mahupun lupa diri. ;D

Jadi,kepada kengkawan dan peminat2 setia yang membaca atau terbaca blog saya, Doakan kejayaan dalam ape jua yang saya lakukan atau yang bakal saya lalui.. Love you guys ;)

note to me:
Dear Gpah,
focus on what you have, not what you want.

Friday, January 7, 2011

Fadhlin Fuad







SEMOGA FADHLIN MENEMUI IMAM MUDA YANG ANDA IDAMKAN!!!!!
SAYANG ANDA DAN SEMUA ORANG
;DD

Saturday, January 1, 2011

01 JANUARI 2011



Tiada apa yang berubah walaupun tahun kian meningkat.
saya masih orang yang sama,
 


 
saya;
Zarifah yang sayangkan,
diri,keluarga,kawan-kawan dan masyarakat sekelilingnya.

Lots of Love,
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ;)