Saturday, June 21, 2014

Alkisah~~~ KAMI.

Ni masa di awal perkenalan masa tengah study, masa tengah ceria yang just live and laugh. eceh. hahahhaa.
pergi kelas, gelak-gelak, buat assignment, gaduh, then baik balik. We had so much fun back then.

Ni lah time lecture kami. masih lagi main main. #youngandfresh


Belajar punya belajar punya belajar. Alhamdulillah tidak lama kemudian kami berjaya graduated on time. Susah senang, jerit pedih, mengantuk, tersengguk, nescafe, cekodokhani dalam mengharungi final exam dulu kala akhirnya berbaloi.


Terlalu bahagia dan gembiranya pada saat ketika ini bila berjaya graduated! plus dah lama tak jumpa setelah lebih kurang 5bulan tak jumpa hookaaayy.. Personally, aku happy tahap infiniti masa ni. masih lagi #younganndfresh. hahahaahaha..

Dan masing- masing dah meneruskan perjalanan hidup, which is i'm so proud of you girls. Ada yang sibuk duk study ada yang pening stress dengan kerja. Bila orang tanya Cah buat ape sekarang? Hani kat mana? Nabby macam mana pulak? Well.. this is what i told them and for those yang taktau lagi.

CAH
A Master of Corporate Administration Student.

Gambar paling latest yang aku rembat kat fb dia, tengah busy dengan study week and prepare for final exam..Which is yang mempunyai masa depan yang cerah once dia dah abis study. Maybe jadi lecturer kot. ecececece.. Tapi dengar citer nak sambung PhD tu. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Anw, Goodluck for your final exam Cah!! All best! Jadi orang yang berjaya! Pomm..pomm.. pommm..


Next, HANI


A stewardess/Flight Attendant wanna be..

Bakal kaya raya gak ni..hahahahaah..Sekarang dia tengah join kelas untuk jadi FA ni under MAS Airlines. Pawer..pawer.. lepas ni terbang kesana kesini. Apa yang penting kau mampu buat apa yang kau suka. Tapi make sure kau ada radar kau sendiri eh. Kang hilang seang nak cari. hahahahaa. P/s : Ahkak hotcunsexymexipffttttt terbang jangan lupa beli souvenir okayyyyy...

Sorang lagi, NABBY!

(gaya kemain)
 Is a Human Resources Executive.
Yang ni dah kerja. Gaji pon boleh tahan gak dia ni. Tapi rasanya dia tak happy kot dengan tempat kerja dia sekarang. HAHAHAAHAHAH. Takde la gurau gurau. Hebak ni, deal dengan pekerja Nepal,Bagla semua kot. Jgn terjatuh cinta dengan diorang sudah. hahahaahahah..

AKU?
Is Pemanjat Kelapa!.
HAHAHAHAHAHAHAAH.. itu dulu. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang... hahahaha.. aku sekarang dah kerja elok sikit dah. Sebagai Secretarial Executive. Gittew. Okay la dari panjat kelapa tu. Gaji tak semegah mana pon. tapi rezeki jangan ditolak. Selain itu, aku pon taktau lagi hala tuju hidup aku. Kejap aku nak sambung belajar, kejap aku nak kerja. Aku pon tak faham. hahahahaha.

Itulah ringkasan kehidupan kami buat masa ini. Masing masing tengah mengejar kejayaan.
 Aku gembira setiap kali bercerita kat sesiapa yang bertanya tentang diorang. Semoga korang terus berjaya,  berjaya, dan berjaya! demi bangsa dan negara. Heh. Papepon sampai sekarang masih lagi #youngandfresh. hahaha

P/S : SAYANG dan RINDU korang SANGAT!

Okay.bye. Penat. 



Wednesday, March 19, 2014

Day 12. MH370

Day  12. We keep on praying and never lose hope, we are waiting and still care for you MH370.

Kehilangan kau bagaikan satu misteri,
Yang pergi dan terus menyepi,
Menimbulkan seribu spekulasi,
Kami mencari tanpa henti,
Kami berdoa pada Ilahi.

Lautan sudah kami redah,
Awan dilangit sudah kami belah,
Daratan sudah kami jajah,
Namun, hanyalah penat dah juga lelah,
Dimankah kau MH370?

Ke timur hanyalah sia sia,
Kebarat tiada pula masuk akalnya,
Keselatan membuang masa,
Keutara tiada ditemui jua,
Dimanakah kau MH370?

Pulangkan dia wahai perampas,
Yang tiada kesian dan juga belas,
Jangan kau siksa jiwa yang waras,
Penantian yang kian pasrah,
MH 370, Kembalikanlah!

Tamatkan penderitaan ini,
Hilangkan kebingungan kami,
Satu dunia menantimu,
Moga kau diberkati,
Pulanglah dikau MH370.

Much hope - Jeep




Friday, March 15, 2013

Terdetiknya kata hati.


Sekadar melayan diri yang saiko.

Adakah ini diri aku lagi,
yang  berselindung dari realiti,
menolak pada yang pasti,
menerima pada yang bukan hakiki,
adilkah aku menyalahkan kondisi,

sedang punya hati mengawal emosi,
punya minda mengawal situasi,
namun,
satu persatu prinsip dicabuli,
menzalimi diri dan kian disakiti

andai bisa bahagia tanpa kerisauan,
andai bisa bebas tanpa tekanan,
andai bisa melakukan dalam apa jua keadaan,
andai bisa menerima tanpa kritikan,
pastinya diri ini tiada lakonan.

aku pentaskan drama kehidupan,
agar dapat aku menyumbangkan,
tanpa ada yang disisihkan,
semoga bahagia kehidupan kalian,
walaupun bukan ini yang aku inginkan.

Thursday, December 13, 2012

Monday oh Monday

Typical minggu minggu terakhir sebelum cuti study week, aku dan aku rasa yang lain pun busy sibuk menggila. First maybe disebabkan aku yang suka menangguh kerja dan second, sebab memang ada banyak kerja. Okay sebelum aku sibuk dengan kerja -kerja aku dikemudian hari. Meh sini aku share dulu dengan korang ape yang aku kena buat. tapi rasanya, aku rasa banyak kerja sebab ALMOST.hampir SEMUA benda nak buat hari ISNIN yang esok lusa tulat tue. Stress uolsss..

INI ADALAH AKTIVITI HARI ISNIN NANTI
 1. Submit Assignment Organizational Behavior
2. Presentation Law.
3.Presentation BEL. and Submit Report.
4.Test Account, Submit Assignment.

Tengok! tengok! SEMUA NAK HARI ISNIN, aku rasa lepas je semua benda nie. aku nak celebrate besar besaran. hahahaha. Disebabkan hal hal yang sedemikian, sehari dua nie, aku akan menggila sibuk daripada biasa. fuhhhh.. Jumaat nie ada test Oral Mandarin, Sabtu kena pergi Program MAICSA sampai petang. Ahad shooting untuk video Mandarin. SO! hopefully, semua yang tersenarai kat atas boleh setel by next MONDAY! freakin MONDAY EVER! 

Mesti korang cakap aku kecohkan. tapi tulah. First time kena macam nie. bertimpa-timpa pulak kerja sekali datang. time relax, akulah orang paling relax kat dunia nie.


*sibuk-sibuk pun sempat pulak meng-update blog*. Peace. 



Monday, October 8, 2012

Bahagian 1/4.

Tak tahu nak start acene. lama jugak la termenung duk fikir nak start. tapi last last tak dapat jugak. so, start je la macam nie. hahaha. okay, kali nie nak citer pasai hari hari yang berlalu pada minggu lepas.

kelas berjalan seperti biase. mengikut jadual. tapi ade kelas cancel. sempat jugak la aku curi tulang. kekeke. Hari selasa pergi PK, bukan tak sihat cuma renew appointment date dengan dentist date yang die bg dulu tue aku lupa nak pergi sampai la abis sem and masuk sem baru dah pon. dan esoklah appointment nyeeehhhh. harap harap tak lupa lagi nak pergi. =.=

the last week jugak first time masuk kelas CSC dah week 4 uollss.. i baru masuk kelas CSC.. gilerkaaaannnnn.. masuk masuk je dah dapat assignment. Kena buat brochure babe. hebat tak? hebat tak?. hihihi.. over pulerr kauuu..

ohh,,ohhh,, yang paling penting masa kelas DR. GY, Innovation Management. tarrrrraa... you know what?! of course la korang tak tahu. meh aku cerita. Dr Gy cakap produk yang kitorang invent nanti kena present kat 7 judges, aku pon dah macam..WOAAAHHHHHH.. OWESOMEEEEEEEE!! tapi cuak gak la sebenarnya, macam eager giler nak present nnt... then Dr sambung lagi.. nnt uollss kena pakai proper attire, suit la.. ala ala ahli korporat gitewww.. then aku ok jee.. TAPI! bila Dr cakap KENA MAKE UP..aku dah macam........................................................................................ pftttttttttttt..damnnnnnnnnn.. nak lagi best Dr cakap "saya nak yang perempuan semua pakai lipstik MERAH, harus MERAH". LIPSTIK MERAH OKEH! MERAH!. kalau pakai lipstik kaler lain, kena potong 10 markah..wth kan?.. lagi  lagi best..kena pakai high heelsssssss..pergh, aku rasa macam sekarang tue jugak nak drop subjek tue. LOL!. Pada yang dah kenal aku dah gelak gelak dah kat aku kena pakai semua benda tue sbb aku nie mmg bukan jenis yg girlishh..giteww. Aku sendiri pon seram nak imagine diri sendir in da future. WOAHHH SERAM OWHHH.. hahaha.

then weekend masa dihabiskan dgn KI (Kemahiran Insaniah). ceramah sem nie, ok la..boleh la..takde boring gillsss mcm last sem..blergh. LDK pon best gak. main games bongok je. hahahahaha..

oklah. bai. salam sayang, Jeep ;)




Monday, October 1, 2012

Seindah mimpi sepahit realiti

Hello hai. miss me? not?.. fine lah fine. Anw, bermula hari ini insyaALLAH kalau ada kelapangan masa dan tiada kekangan ataupun selagi Unifi kat umah aku nie masih lagi berfungsi, aku akan update blog nie seminggu sekali.hihihih.. hah? untuk ape? saje je. nak share dengan korang korang yang masih sudi baca blog aku.alaa..macam diari la. tapi bukan versi hari hari la. diari minggu minggu je. penatlah nak update semua benda hari hari..bajet retis je. tapi dia nie citer pasai benda happy je.HIHIHIHIHIHI.. benda sedih simpan dalam hati. huhuhu. So, next post is minggu depan. tunggu nak kumpul citer dulu.eheh.


semalam aku bermimpi,
mimpi indah belum pasti,
namun tetap aku hidup dalam realiti,
yang kadangnya sukar untuk aku lalui,
kerana aku mula menyedari,
yang mimpi itu bukanlah realiti.

"Seindah mimpi sepahit realiti"

LOVE. MUAH.


Wednesday, September 5, 2012

0..0..0

Setiap kali aku login,aku jadi takde idea nak tulis ape. tu yang berkurun aku tak update blog. sebelum aku login banyak je benda yang aku nak update kat sini.hahah. Dah kenapa tah jadi macam. Asal login je..jiwa aku jadi kosong..kosong ..kosong.. nak fikir tajuk post pon takde idea. tu je la yang mampu. Lol.

Ape yang aku tahu, next week dah start semester baru. aku ready ke tak UiTM tak kisah pon dengan aku.kelas jalan macam biase.hahahaha.. so, baiklah aku mereadykan mensediakan diri aku sendiri. Kamonlah jeep, dah 2bln cuti takkan tak ready lagi kot. pemalaih betul.

Kepada semua semua dan semua! yang bakal-bakal haji, eh. haha.. kepada bakal-bakal melangkah ke sem baru, selamat menikmati hari hari cuti yang terakhir.