Monday, November 8, 2010

Maafkan aku :(

Maafkan aku wahai pepohon yang kehijauan...
yang sentiasa menyambut aku dengan lambaian...
yang memberi aku ketenangan kehidupan..
kerna aku tidak mempedulikan..
dirimu wahai pohon yang telah berkurangan..

Maafkan aku wahai lautan kebiruan..
yang memberikan aku satu kebebasan..
yang memberikan kehidupan pada nelayan..
yang bertemankan kehidupan alam lautan..
kerna aku telah mencemarkan..
dirimu wahai lautan yang dahulunya tenang..

maafkan aku wahai udara yang bertiupan..
yang menghembus angin kedamaian..
yang memberi kesegaran kepada setiap insan..
pada setiap saat kau diperlukan..
kerna aku telah mengotorkan..
dirimu udara yang sekarang bertiup kencang..

Jangan membiarkan diri aku keseorangan..
wahai alam yang sentiasa memberikan..
temanilah aku sehingga penghujung perjalanan..
agar tidak aku kesepian..
jangan merajuk wahai dikau alam..
kerna dirimu masih diperlukan..
oleh generasi yang akan datang..

kuatkan dirimu wahai alam yang kian terluka..
dengan perbuatan aku manusia durja..
hanya mementingkan diri dan harta..
tanpa menyedari dirimu kian tidak terjaga..
maafkan aku kerana selalu alpa..

wahai dikau alam yang sentiasa menemani..aku tidak mampu untuk menjaga dirimu..tapi aku berjanji tidak akan melukai dirimu lagi wahai alam yang aku sayangi.. 

aku manusia
yang  telah menzalimi..
zarifah..
2:37 pm..
8 November 2010..


 "KITA TIDAK MEWARISKAN ALAM INI KEPADA ANAK CUCU KITA..TETAPI..
KITA MEMINJAMNYA DARI MEREKA .."~~MAHATMA GANDHI/ maton gandhi.. :P


1 comment: