Saturday, June 21, 2014

Alkisah~~~ KAMI.

Ni masa di awal perkenalan masa tengah study, masa tengah ceria yang just live and laugh. eceh. hahahhaa.
pergi kelas, gelak-gelak, buat assignment, gaduh, then baik balik. We had so much fun back then.

Ni lah time lecture kami. masih lagi main main. #youngandfresh


Belajar punya belajar punya belajar. Alhamdulillah tidak lama kemudian kami berjaya graduated on time. Susah senang, jerit pedih, mengantuk, tersengguk, nescafe, cekodokhani dalam mengharungi final exam dulu kala akhirnya berbaloi.


Terlalu bahagia dan gembiranya pada saat ketika ini bila berjaya graduated! plus dah lama tak jumpa setelah lebih kurang 5bulan tak jumpa hookaaayy.. Personally, aku happy tahap infiniti masa ni. masih lagi #younganndfresh. hahahaahaha..

Dan masing- masing dah meneruskan perjalanan hidup, which is i'm so proud of you girls. Ada yang sibuk duk study ada yang pening stress dengan kerja. Bila orang tanya Cah buat ape sekarang? Hani kat mana? Nabby macam mana pulak? Well.. this is what i told them and for those yang taktau lagi.

CAH
A Master of Corporate Administration Student.

Gambar paling latest yang aku rembat kat fb dia, tengah busy dengan study week and prepare for final exam..Which is yang mempunyai masa depan yang cerah once dia dah abis study. Maybe jadi lecturer kot. ecececece.. Tapi dengar citer nak sambung PhD tu. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Anw, Goodluck for your final exam Cah!! All best! Jadi orang yang berjaya! Pomm..pomm.. pommm..


Next, HANI


A stewardess/Flight Attendant wanna be..

Bakal kaya raya gak ni..hahahahaah..Sekarang dia tengah join kelas untuk jadi FA ni under MAS Airlines. Pawer..pawer.. lepas ni terbang kesana kesini. Apa yang penting kau mampu buat apa yang kau suka. Tapi make sure kau ada radar kau sendiri eh. Kang hilang seang nak cari. hahahahaa. P/s : Ahkak hotcunsexymexipffttttt terbang jangan lupa beli souvenir okayyyyy...

Sorang lagi, NABBY!

(gaya kemain)
 Is a Human Resources Executive.
Yang ni dah kerja. Gaji pon boleh tahan gak dia ni. Tapi rasanya dia tak happy kot dengan tempat kerja dia sekarang. HAHAHAAHAHAH. Takde la gurau gurau. Hebak ni, deal dengan pekerja Nepal,Bagla semua kot. Jgn terjatuh cinta dengan diorang sudah. hahahaahahah..

AKU?
Is Pemanjat Kelapa!.
HAHAHAHAHAHAHAAH.. itu dulu. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang... hahahaha.. aku sekarang dah kerja elok sikit dah. Sebagai Secretarial Executive. Gittew. Okay la dari panjat kelapa tu. Gaji tak semegah mana pon. tapi rezeki jangan ditolak. Selain itu, aku pon taktau lagi hala tuju hidup aku. Kejap aku nak sambung belajar, kejap aku nak kerja. Aku pon tak faham. hahahahaha.

Itulah ringkasan kehidupan kami buat masa ini. Masing masing tengah mengejar kejayaan.
 Aku gembira setiap kali bercerita kat sesiapa yang bertanya tentang diorang. Semoga korang terus berjaya,  berjaya, dan berjaya! demi bangsa dan negara. Heh. Papepon sampai sekarang masih lagi #youngandfresh. hahaha

P/S : SAYANG dan RINDU korang SANGAT!

Okay.bye. Penat. 



Wednesday, March 19, 2014

Day 12. MH370

Day  12. We keep on praying and never lose hope, we are waiting and still care for you MH370.

Kehilangan kau bagaikan satu misteri,
Yang pergi dan terus menyepi,
Menimbulkan seribu spekulasi,
Kami mencari tanpa henti,
Kami berdoa pada Ilahi.

Lautan sudah kami redah,
Awan dilangit sudah kami belah,
Daratan sudah kami jajah,
Namun, hanyalah penat dah juga lelah,
Dimankah kau MH370?

Ke timur hanyalah sia sia,
Kebarat tiada pula masuk akalnya,
Keselatan membuang masa,
Keutara tiada ditemui jua,
Dimanakah kau MH370?

Pulangkan dia wahai perampas,
Yang tiada kesian dan juga belas,
Jangan kau siksa jiwa yang waras,
Penantian yang kian pasrah,
MH 370, Kembalikanlah!

Tamatkan penderitaan ini,
Hilangkan kebingungan kami,
Satu dunia menantimu,
Moga kau diberkati,
Pulanglah dikau MH370.

Much hope - Jeep




Friday, March 15, 2013

Terdetiknya kata hati.


Sekadar melayan diri yang saiko.

Adakah ini diri aku lagi,
yang  berselindung dari realiti,
menolak pada yang pasti,
menerima pada yang bukan hakiki,
adilkah aku menyalahkan kondisi,

sedang punya hati mengawal emosi,
punya minda mengawal situasi,
namun,
satu persatu prinsip dicabuli,
menzalimi diri dan kian disakiti

andai bisa bahagia tanpa kerisauan,
andai bisa bebas tanpa tekanan,
andai bisa melakukan dalam apa jua keadaan,
andai bisa menerima tanpa kritikan,
pastinya diri ini tiada lakonan.

aku pentaskan drama kehidupan,
agar dapat aku menyumbangkan,
tanpa ada yang disisihkan,
semoga bahagia kehidupan kalian,
walaupun bukan ini yang aku inginkan.

Thursday, December 13, 2012

Monday oh Monday

Typical minggu minggu terakhir sebelum cuti study week, aku dan aku rasa yang lain pun busy sibuk menggila. First maybe disebabkan aku yang suka menangguh kerja dan second, sebab memang ada banyak kerja. Okay sebelum aku sibuk dengan kerja -kerja aku dikemudian hari. Meh sini aku share dulu dengan korang ape yang aku kena buat. tapi rasanya, aku rasa banyak kerja sebab ALMOST.hampir SEMUA benda nak buat hari ISNIN yang esok lusa tulat tue. Stress uolsss..

INI ADALAH AKTIVITI HARI ISNIN NANTI
 1. Submit Assignment Organizational Behavior
2. Presentation Law.
3.Presentation BEL. and Submit Report.
4.Test Account, Submit Assignment.

Tengok! tengok! SEMUA NAK HARI ISNIN, aku rasa lepas je semua benda nie. aku nak celebrate besar besaran. hahahaha. Disebabkan hal hal yang sedemikian, sehari dua nie, aku akan menggila sibuk daripada biasa. fuhhhh.. Jumaat nie ada test Oral Mandarin, Sabtu kena pergi Program MAICSA sampai petang. Ahad shooting untuk video Mandarin. SO! hopefully, semua yang tersenarai kat atas boleh setel by next MONDAY! freakin MONDAY EVER! 

Mesti korang cakap aku kecohkan. tapi tulah. First time kena macam nie. bertimpa-timpa pulak kerja sekali datang. time relax, akulah orang paling relax kat dunia nie.


*sibuk-sibuk pun sempat pulak meng-update blog*. Peace. 



Monday, October 8, 2012

Bahagian 1/4.

Tak tahu nak start acene. lama jugak la termenung duk fikir nak start. tapi last last tak dapat jugak. so, start je la macam nie. hahaha. okay, kali nie nak citer pasai hari hari yang berlalu pada minggu lepas.

kelas berjalan seperti biase. mengikut jadual. tapi ade kelas cancel. sempat jugak la aku curi tulang. kekeke. Hari selasa pergi PK, bukan tak sihat cuma renew appointment date dengan dentist date yang die bg dulu tue aku lupa nak pergi sampai la abis sem and masuk sem baru dah pon. dan esoklah appointment nyeeehhhh. harap harap tak lupa lagi nak pergi. =.=

the last week jugak first time masuk kelas CSC dah week 4 uollss.. i baru masuk kelas CSC.. gilerkaaaannnnn.. masuk masuk je dah dapat assignment. Kena buat brochure babe. hebat tak? hebat tak?. hihihi.. over pulerr kauuu..

ohh,,ohhh,, yang paling penting masa kelas DR. GY, Innovation Management. tarrrrraa... you know what?! of course la korang tak tahu. meh aku cerita. Dr Gy cakap produk yang kitorang invent nanti kena present kat 7 judges, aku pon dah macam..WOAAAHHHHHH.. OWESOMEEEEEEEE!! tapi cuak gak la sebenarnya, macam eager giler nak present nnt... then Dr sambung lagi.. nnt uollss kena pakai proper attire, suit la.. ala ala ahli korporat gitewww.. then aku ok jee.. TAPI! bila Dr cakap KENA MAKE UP..aku dah macam........................................................................................ pftttttttttttt..damnnnnnnnnn.. nak lagi best Dr cakap "saya nak yang perempuan semua pakai lipstik MERAH, harus MERAH". LIPSTIK MERAH OKEH! MERAH!. kalau pakai lipstik kaler lain, kena potong 10 markah..wth kan?.. lagi  lagi best..kena pakai high heelsssssss..pergh, aku rasa macam sekarang tue jugak nak drop subjek tue. LOL!. Pada yang dah kenal aku dah gelak gelak dah kat aku kena pakai semua benda tue sbb aku nie mmg bukan jenis yg girlishh..giteww. Aku sendiri pon seram nak imagine diri sendir in da future. WOAHHH SERAM OWHHH.. hahaha.

then weekend masa dihabiskan dgn KI (Kemahiran Insaniah). ceramah sem nie, ok la..boleh la..takde boring gillsss mcm last sem..blergh. LDK pon best gak. main games bongok je. hahahahaha..

oklah. bai. salam sayang, Jeep ;)




Monday, October 1, 2012

Seindah mimpi sepahit realiti

Hello hai. miss me? not?.. fine lah fine. Anw, bermula hari ini insyaALLAH kalau ada kelapangan masa dan tiada kekangan ataupun selagi Unifi kat umah aku nie masih lagi berfungsi, aku akan update blog nie seminggu sekali.hihihih.. hah? untuk ape? saje je. nak share dengan korang korang yang masih sudi baca blog aku.alaa..macam diari la. tapi bukan versi hari hari la. diari minggu minggu je. penatlah nak update semua benda hari hari..bajet retis je. tapi dia nie citer pasai benda happy je.HIHIHIHIHIHI.. benda sedih simpan dalam hati. huhuhu. So, next post is minggu depan. tunggu nak kumpul citer dulu.eheh.


semalam aku bermimpi,
mimpi indah belum pasti,
namun tetap aku hidup dalam realiti,
yang kadangnya sukar untuk aku lalui,
kerana aku mula menyedari,
yang mimpi itu bukanlah realiti.

"Seindah mimpi sepahit realiti"

LOVE. MUAH.


Wednesday, September 5, 2012

0..0..0

Setiap kali aku login,aku jadi takde idea nak tulis ape. tu yang berkurun aku tak update blog. sebelum aku login banyak je benda yang aku nak update kat sini.hahah. Dah kenapa tah jadi macam. Asal login je..jiwa aku jadi kosong..kosong ..kosong.. nak fikir tajuk post pon takde idea. tu je la yang mampu. Lol.

Ape yang aku tahu, next week dah start semester baru. aku ready ke tak UiTM tak kisah pon dengan aku.kelas jalan macam biase.hahahaha.. so, baiklah aku mereadykan mensediakan diri aku sendiri. Kamonlah jeep, dah 2bln cuti takkan tak ready lagi kot. pemalaih betul.

Kepada semua semua dan semua! yang bakal-bakal haji, eh. haha.. kepada bakal-bakal melangkah ke sem baru, selamat menikmati hari hari cuti yang terakhir.

Saturday, June 23, 2012

Minggu ini dan minggu depan dan depan adalah minggu final exam. Sekian .

Tuesday, May 1, 2012

Asal ada minat

Salam satu Malaysia. sempena nak mengundi punya pasal.haha. ini adalah kali pertama post sepanjang aku masuk ke semester 3. yang mana masih kabur sinarnya.macam takde hala tuju je. hewhewhew. dengan subjek QM yang tah pape. HRM yang mcm hrm gak.ooopppss. tak salahkan lecturer mahupun fakulti yang bagi subjek tue.tapi salahkan diri sendiri.dalam pape pon aku lakukan, if anything goes wrong, aku salahkan diri sendiri sebab kita yang pilih apa yang kita buat. others just make you happy. ;D


Semester nie lepaking adalah hobi masa lapang since ada driver baru muncul Apeez si pangganti Intan.


i like this pic. love.muah.
gambar nie pergi lepak kat Canai semalam. best gak dan Dayah ada new experience hasil dari lepak semalam.muahahaha. gambar nie tak complete sbb takde Intan. so, tunggu yang complete punye bila kami bergabung.heheh.

itu hobi masa lapang. kalau hobi masa kelas HRM  stand for Human Resourse Management btw. ambik gambar dengan Dayah. ambik gambar yang mcm obsess kat diri sendiri tue. sepatutnya nak letak gambar tue.tapi kat dalam fon puler. masa nak godek godek.bayangkanlah sendiri.

hobi dalam kelas law tido.hahah. lima kelas gabung weyh.pheww. aku dah la tak berapa nak tinggi.dah la kena duk belakang,duk pulak belakang orang yang lagi tinggi dan lagi besar dari aku.last last.aku give up then tido. bila lecturer ckp "ok class kita jumpe next week".aku terus bangun.lol. aku tahu. itu sangat teruk.

nie satu lagi, kelas Qaulity Management (QM) pun gabung lima kelas jugak.satu benda pon aku tak faham masa kelas lecture. mana taknya duk borak je kat belakang gara- gara takley menumpukan perhatian.ekekeke. nasib baik ada kelas tutorial.boleh la buat back up. hari tue test.not bad la.eheh.

Semalam PM buat pengumuman Dasar Gaji Minimum. gaji naik lagi.bergumbiralah orang yang bekerja.bagi aku takde effect pon.haha. Selamat Hari Buruh then.


dan cerita kehidupan belum berakhir.....





Wednesday, February 29, 2012

Kenapakah?

Tanpa memerlukan alasan atau sebab tiba-tiba hati ini  :

kadang-kadang aku rasa takut.
kadang-kadang aku rasa nervous.
kadang-kadang aku rasa resah.
kadang-kadang aku termenung.berfikir. kenapa? kenapa? kenapa?.


Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak rahsia/janji ALLAH kian terungkai. dan sudah semestinya. ada suka ada duka. Janji ALLAH itu pasti.pasti.

Saturday, February 11, 2012

Zassss~~

Hello.hai. kepada yang sudi membaca blog saya.kalau ada yang baca la.kalau takde..anggaplah aku cakap kat cermin.btw.dah lama tak update sebab sebelum nie sibuk dengan kelas,assignment dan semua-semua yang berkaitan tue lah.tapi sebenarnya dah sebulan rasanya aku cuti and sekarang baru nak update.muhuehuehuehue. bajet glemer plk aku nie.ada la plk korang kisah kalau aku update blog ke tak.hahaha. iye saya tahu.saya bukanlah sesiapa.ignore me. cuti pon tinggal lebih kurang 3minggu lagi.jadi macam biasalah. menghabiskan masa sepenuhyan kat rumah. malas nak keluar.ada la keluar tue pon sebab benda-benda penting je. Salah satunya sebab nak bank in duit rumah sewa.sebulan sekali je pon.hahaha.padahal kalau kat Shah Alam rajin je nak keluar. dah kat kampung nie malas pulak.
                                                   
                                                  *******************************
ok; lets get random!

 its my birthday. dah sebulan sehari berlalu sebenarnya, tapi ini adalah bagi mengingati jasa-jasa diorang yang sambut birthday aku pada malam tue. supaya bila aku baca nie, so sampai bila -bila aku ingat yang PELAH ketuk telur 3kali kat kepala aku then baru telur tue pecah, yang IFFAH,SHAMIRA, CARTAZ and AMIE baling tepung dan sembur air kat aku/dah seluar yang aku pakai masa tue warna hitam sebenarnya.nasib baik tak melekat. sebenarnya diorang dah pakat awal- awal dengan CAH dan DAYAH.sebab malam tue aku study kat kedai kopi dengan diorang.so.balik tue.bukak gate then tarrrrraaaa~~~ terus kena. dan supaya sampai bila aku ingat nyanyian dan tarian hebat dari HIRO malam tue, shamira dan amie pon nyanyi gak. dan wish-wish yang tertampal kat aku punye wall tue.terharu gak sebenarnya.THANKS! korang sebab sudi luangkan masa korang yang berharga giler giler masa tue.korang sepatutnya fokus dgn study coz final exam masa tue.hehehe. owhh..owhh.. not to forget, 2 slices of cake ;). u girls was oooohhsomee! dan thanks jugak yg wish through sms,twitter, dan facebook.(mcm artis plk)hehehe.

Botox 
buat masa nie nama die Botox.macam nak tukar je nama die lepas nie. tengah fikir lagi. Botox nie CAH yang bagi sebab die tanak aku berebut Bebe die. so die bagi la aku Botox nie masa birthday aku ari tue.hahaha.

Terima kasih Anisah Rosli,
lain kali beli yang besar lagi.,
;)

**********************************
Final exam!. macam huru hara sikit.tapi aku tahu aku dah buat yang terbaik dengan apa yang aku mampu. papehal tnggu result on 22/2/2012 nanti.beberapa hari je lagi..waaaa.ketaq lutut jugaklah. wish me luck people.
************************************

dan tautak sebenarnya tido petang boleh mengundang sakit jantung!.ok itu fakta tipu.itu untuk aku jer.haha.mana taknya. petang tadi aku tido baik punye best.sekali tersedar tengok bilik dah gelap macam dah pukul 7 malam. gelut aku,ngatkan dah terlepas sembahyang Asar. sekali! tengok jam rupa-rupanya baru pukul 4.35 petang daaaaa..hari mendung nak hujan daa..then sambung tido balik.woohooo.sekian.


Love.Muah. 

Sunday, October 16, 2011

Sepurnama yang berlalu.

sebulan berlalu hari makin sibuk dengan kelas dan kadang kala benda yang tidak berfaedah. Ponteng kelas untuk satu hari balik kampung minggu lepas. rasa macam best pulak walaupun sedikit penat.macam nak buat lagi je..hihihihih..dan baru sahaja menghuruharakan kelas debat bila labu labu mula berdebat haih.. Shamira n Ikin yg kepala onar..satu kelas gelakkan kitorang punyer debat.cikgu gelak terbahak-bahak tak beringat sampai keluar air mata.hahaha..nasib baek kitorang first group.semua kesalahan di maafkan. harap2 la..hihihihihi..

Ape lagi yang jadi dalam sebulan? ohh..ohh.. midnight movie tengok citer seram AL-HIJAB dengan Intan, Dayah dan  Cartaz. hahahaha..kini aku tahu siapa yang kurang berani a.k.a penakut..cesss.. pillow talk dengan diorang sampai pukul 4.45 pagi(berdasarkan cacatan dayah).

Seterusnya, housewarming! yeay! barbeque dan kuih muih yang banyak..diraikan bersama birthday IFFAH dan JAMIE..HAPPY BIRTHDAY ALLSS!! ..mandikan Iffah adalah yang terbaik.AMBEKAU!..MUHAAHAHA....thanks kepada semua yang datang! sangat menghargainya dan terharu..ouch!..hihhihi..

Hidup aku: classmates BC2E, kelas debat, roomates,housemates, friends, people around me.love.
                  all about friendship! 


                                                                                                                                                    

Sunday, September 18, 2011

it's just the beginning

Full time student! yes i'm.. mana tidaknya.. setelah menyusun jadual semua...so kira-kira setiap hari lah kelas aku start kul 8.30pagi sampai la 6.00 petang..hari-hari aku lepas nie banyak habiskan kat fac je la..n..bilik Maton..haha..plus Khamis malam ade koko.Kelas minggu pertama macam nie..biaselah.. ade yang cancel..and kalau ade kelas pon...bg introduction jer..so masih dalam mimpi la...

Koko ingat nak ambik Archery. Nak jadi macam nie haa..sekali hmmm..hampeh..hati luluh berderai macam kaca jatuh kat lantai simen or tiles tue..betul hancur nie.

 
oneday.maybe.i wish :)
 Nak tak nak kena ambik DEBAT!..haahaahaa..tak boleh bayang hidup aku di masa akan datang..could be boringg..interesting..awkward..or maybe tambah beban..ok..stress!..

aku dah boleh bayang kan yg aku akan jadi macam nielah.kena belajar untuk lebih serious. -.-
dan ape yang penting aku sekrang dah stay rumah sewa since tak dapat kolej.Rumah aku tue takde la jauh pon dari Fac..ade la dalam 2km lebih2 camtue..agak penat jugak la jalan kaki..so...bila sampai kat kelas tue..aku tak banyak cakap macam dulu2 la sbb aku dah penat..bukanya aku nie sombong..hihihihihih..
makanya..bila duk umah sewa nie..nak cari makan pon susah..sbb kedai agak jauh la dari rumah..malas nak pergi..memandangkan bahan2 memasak ade..kitorang pon masak la..hohohhoho...

terimalah air tangan pertama from me.maton.dalilah :D

Sardin dan telur mata kerbau..ok la latue..orng bujang..cukup la buat alas perut untuk tido lena malam nie..hahahha...harap2 lepas nie..kitorang akan ade masa untuk masak sendiri..lagi best kot dari beli kat dc..

tak kira kemana pun anda pergi..always be prepared. masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang kerbau menguak.
Semoga Berjaya semua!

Wednesday, September 7, 2011

this is kind of lame -..-

Helluoewwww.. this is me Zarifah :)

1) yang akan menghabiskan cuti selama 4bulan..yeap yeap hooray!!

2)yang selalu online layan fb selawat malam yang mungkin sampai mengantuk tapi tue pon klu ade mood la..hahah.. :P

3)sekali lagi..ini saya Zarifah..yang sangat pelik sampai saya sendiri tak tahu ape yang saya mahu dalam hidup nie..hanya Allah je yang tau..klu ade sesiapa yg tahu..peewwitt..anda awesome!

4)yang masih single takde pakwe yang hensem.(okay takde niat nak promote)..papepon biar je la berlalu mcm nie macam hidup aku yang pelik nie..heip heippp..

5)bagi saya hidup nie..biarlah ceria...senyum..think positive.. jalani hidup yang baik..haishhh.. alangkah baiknya klu saya macam tue selalu..

6)dan saya yang dah bosan dgn blog.Jadi saya harus berhenti sekarang.

tetibamoodhilang.

Tuesday, August 2, 2011

sebelum raya

hallo hallo.. so..ape cer semua?? sihat?? puasa camner, still penuh lagi ker..hahaha..tapi kepada perempuan-perempuans kat luar sana..kalau puasa tak penuh tue normal la..hihihihi.. hemm..dah lama betul tak gatal tangan nak update blog aku yang tak berapa nak cun nie.hohohoh.. ooh..ohh..sebelum terlambat.. wanna wish u guys

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & BERPUASA.HARAP TABAHLAH.

okeh..sambung cite balik.. sebenarnya nak cite pasal ape yerk?? -.-. okeh,cite pasal puasa.Puasa tahun nie first time puasa penuh kat umah selepas 2 tahun kot aku puasa perantauan kat kuantan..buat muka sedih jer bila bangun sahur..yang kadang2 ter-missed..kadang2 tak sahur pon..sbb bosan .tatau nak mkn ape.Tiba time berbuka pulak..sibuk2 nk p bazar cari mknan.. kadang2 rembat jer mana yang ade kat kedai sekilau tuh.. sedih dalam tak sedih jugak la puasa kat perantauan.. TAPI SEKARANG!..KAT UMAH! ...naahhhhh..ambik kauuuu... semua ade.. nak makan ape..semua beres...hohohhoh...macam pesta makanan(propa)..tapi yang best..semua mak aku yang masak..tak payah susah2 nak beli makan kat bazar yang belum tentu lagi kesedapannya..

 okeh...cerita gedik-gedik bodoh sengal yang aku buat masa bulan puasa. Rasanya..masa nie aku dah Form 5 kot..so..kononnya bulan puasa sekolah aku buat la solat zuhur berjemaah untuk semua student..aku pon dengan jahilnya ingat nak ponteng..time ambik wuduk lengah2kan.. iyelah kain telekong pon tak bawak...haish..sbb aku bajet masjid sekolah aku tue sure tak muat punyelah nak sumbat semua student..so..dalam pikiran aku somehow..mesti ade yang tak yah solat klu masjid dah penuh..sekali dandan la..hari tue..boleh plk masjid tue tak penuh..aku dah gelabah cuak giler ..biaselah orng tak pernah buat jahat..wacecewahh.. bila orng dah start solat jer.. cikgu aku masuk kawasan masjid sambil bwk rotan..aku dengan 2orng kot kawan aku..ape lagi..cepat2 masuk dalam saf tanpa pakai telekong buat2 sembahyang..orang rukuk..aku rukuk..orang sujud..aku sujud sambil mata duk jeling2 kat cikgu...nak tgk cikgu dah blah ke belum..weyhhh..serious aku rasa bodoh jahil bangang giler buat masa tuh..kalau aku kantoi masa tue..memang r.. mahu semua cikgu terkejut..dah la aku nie tak berapa nak glemer..phewwwww...

aku tak tahu kenapa lately aku asyik ingat pasal nie jer..maybe aku rindu time2 sekolah dulu kot.. rindu nak belajar.. otak aku nie dah mcm beku jer..dah la asyik minum ais jer..

p/s: jangan main mercun .:P

Wednesday, July 20, 2011

in love.

okay kawan-kawan..dengan ini aku mengaku tengah fallin love dengan lagu nie...hahahah..

BERUBAH
(Erry Putra ft Reen Rahim)

Reen:
Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari…
Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…
Gelap seluruh jiwaku..
hooo…
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

Erry.
Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…

(reen & Erry)
Semuanya telah berakhir
ohooo..
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
hooo…
Semuanya telah berakhir…

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

Reen
Oh.. Kasih…

itu sahaja.sekian.

Monday, June 20, 2011

Hutan Simpan.

Hutan simpan? -.-.. takde la..sebenarnya itu menggambarkan keadaan kat kebun  sekarang.. tadi pergi kebun..sedih tengok kebun..pokok-pokok pon dah tak nampak dah...hilang disebalik lalang yang naik tinggi..dah sama tinggil dengan lulut aku dah..pacat tue takyah ckp la..panjang sejengkal kot..hahha..btw..tadi sebenarnya pergi cari kelapa..byk gilos sampai tak muat kete...penat den duk kutip satu..satu...pheww~~.. tengok-tengok pisang..kot -kot ade yang dah masak ker..manalah tau kot-kot ade..boleh la buat cekodok ker..goreng ker..buat pengat pon best jgk...hehehehee... ade la dpt.setandan..ok la tue..sebab yang lain2..abis kena rembat dgn pencuri buah pisang bersiri..haish..bilalah diorang nie nak insaf.. sabar jela..

tak sabar pulak nak tunggu musim buah..(tapi sekarang buah dah takde musim)..tak kisahlah...tak sabar nak tunggu durian yang durinya tajam jatuh..petik manggis yang manis... rambutan yang pokoknya ade kerengge(tak suke betul)... tapi mak aku cakap..rambutan kat kebun tahun nie..mcm takde buah jer..tapi takpe..ade back up lagi...rambutan kat belakang rumah ade..hihihih...Iffah..raya nnt ko datng la umah aku..sbb aku rasa..raya nnt ngam-ngam lah rambutan tue masak.. :) n..tidak lupa buat langsat/dokong/duku..tah la..tak tau nak panggil nama mn..suka ati la nak panggil ape pon.. selalunya..aku makan buah nie sampai boncit perut..nyummyhhh...best..

semua pokok nie ayah aku yang tanam (ye ker)..upah orng kot..hahahh...tapi aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu..pergi kebun dgn ayah aku..tanam pisang..oohh..ohh..tadi jatuh parit masa kat kebun..demmm..

rindu beliau.
happy father's day.

Monday, June 13, 2011

Cik Ton!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHHHHDAYYY...TOOOO...YOUUUUU........
MATONNNNN!!!


HAPPY BIRTHDAY TOOOOO YOUUuuuuuu!!!!!


Selamat Menyanbut Ulang Tahun Yang ke-20..
semoga ko dapat ape yang ko hajati..(hrp hajat ko tue nak tgk aku berjaya :P )
semoga panjang umur..so dats aku boleh jadi kawan ko lagi lama..
semoga murah rezeki..nnt dah murah rezeki boleh la belanja aku..hihihi..
semoga aku tak lupa  Halimaton Saadiah Bte Abu Samah yang tolong sembur ridsect bawah katil aku masa aku tengah tido(padahal aku tersedar masa ko sembur tue.,.tapi aku buat2 tido) supaya nyamuk tak gigit aku....u're so so so sweet 4 dat moments.thank you! *aww..terharu sgt!



tak kiralah betapa cacatnye aku..
betapa sengalnya aku..
betapa jahatnya aku..
please! please! please! stay with me!
Love u DAMN MUCH!
may ALLAH bless :)








Wednesday, June 8, 2011

If and only if


If and only if I can says that words.Direct to the person.
But..
So..many things to think..
So many precautions to take care..
So many words to explain that…
So many reasons arises..
Although the chances are there..

And yet,
I choose to keep it deep deep deep inside of my heart..till the day.. nobody knows.
This is me.

Saturday, June 4, 2011

Rahsia

Adakah rahsia yang telah diceritakan atau diberitahu boleh lagi dipanggil rahsia. -__-
 macam mana tue..tapi ape yang aku tahu..aku dah ceritakan rahsia terbesar and terpenting dalam hidup aku kat 2orang kawan aku nie..aku pon tak tau macam mana aku boleh ceritakan benda tersebut kat diorang..
segan seehh.. dan aku takkan ceritakan kat sesiapa lagi..aku rasa cukuplah 2orang tue jer yang tahu.. TAKKAN!